Monday, May 28, 2018

Isu Blacklist Jika Tidak Hadir Temuduga Kerja SPA

Ramai calon yang tertanya apa yang akan terjadi jika tidak hadir temuduga SPA. Ramai yang beranggapan bahawa calon yang berjaya dipanggil temuduga tetapi gagal menghadirkan diri akan di senarai hitamkan. Ini bermaksud calon tersebut tidak akan dipanggil lagi untuk temuduga pada masa akan datang
Sebenarnya, persepsi itu adalah salah sama sekali. Menurut SPA, Calon yang tidak hadir tidak akan disenarai hitamkan atau blacklist. Jadi anda tidak perlu risau jika gagal menghadiri temuduga tersebut.
Bagi yang tidak berkesempatan untuk menghadiri temuduga berikutan masalah peribadi. Anda boleh menunda tarikh tersebut dengan menghubungi pegawai SPA.

Kenapa Anda Tidak Dipanggil Temuduga Kerajaan?

Bukan isu yang baru, tetapi sudah lama. Bahkan terlalu lama. Pasti ada sebab kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerja kerajaan. Puluhan iklan kekosongan jawatan kosong terkini telah di isi. Namun satu panggilan temuduga pun tidak didengari.
Resume dan surat iringan sudah dihantar. Borang permohonan juga sudah diisi. Tetapi anda masih juga tidak menerima sebarang panggilan atau makluman untuk menghadapi temuduga kerja. Masa semakin berjalan. Mungkin anda perlu mengingat semula di mana silapnya.

SEBAB ANDA TIDAK DIPANGGIL TEMUDUGA KERJA

1. Salah isi borang permohonan.

Ingat kembali had umur untuk jawatan yang anda pohon. Adakah umur anda terlalu muda atau sudah terlalu tua untuk jawatan tersebut? Kelayakan anda juga memainkan peranan. Adakah ia kelayakan atau kelulusan yang diperlukan oleh majikan? Sebahagian jawatan perlukan kelayakan seperti sijil atau diploma sahaja. Ada sebahagian majikan hanya mahukan pengalaman sebagai syarat. Ingat kembali apa maklumat yang telah anda isikan.

2. Tiada pengambilan tiada kekosongan.

Barangkali anda tertunggu-tunggu dengan panggilan kepada jawatan yang dipohon. Semasa anda menghantar resume, sudahkah anda pastikan bahawa anda bertindak pada waktu yang betul? Jadi anda perlu membuat kajian sebelum memohon sesebuah jawatan. Masa sentiasa berjalan. Usah tunggu jawatan atau kerja yang tidak wujud.

3. Tamat tempoh permohonan.

Ini perkara kecil namun ia boleh membawa impak yang besar. Kesilapan ini boleh membuat anda tertekan kerana memohon jawatan yang tidak lagi ditawarkan. Sekiranya anda memohon jawatan dalam kerajaan, anda boleh log masuk ke dalam portal dan kemaskini permohonan anda. Mudah-mudahan anda dipanggil untuk menghadapi temuduga yang akan datang.

4. Terlalu ramai calon yang membuat permohonan.

Dalam sektor perkhidmatan awam, seramai 10,000 calon akan dipanggil bagi mencari calon yang layak untuk mengisi 2 kekosongan. Jadi persaingan ini akan menjadi amat sengit kerana mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan bukanlah ukuran utama. Calon-calon akan ditapis menerusi peperiksaan khas dan temuduga.

5. Kelayakan tidak memenuhi syarat.

Lihat kembali syarat-syarat yang diperlukan oleh jabatan kerajaan tersebut. Sama ada kelulusan yang anda miliki tidak mendapat pengiktirafan atau tidak menepati kriteria yang tertulis dalam iklan.

6. Tidak lulus peperiksaan khas.

Sebahagian besar calon yang ingin memasuki sektor perkhidmatan awam perlu melepasi peperiksaan yang dijalankan. Setiap jawatan mempunyai ujian yang berbeza seperti ujian bertulis, ujian bakat dan ujian fizikal. Jika anda tidak lulus peperiksaan bertulis, secara automatik anda gagal untuk ke sesi temuduga.

Kenapa Anda Tidak Dipanggil Temuduga Seperti Yang Disenaraikan Oleh Pihak SPA Malaysia

Di bawah pula merupakan beberapa Sebab Kenapa Anda Tidak Dipanggil Temuduga Kerajaan seperti yang telah disenaraikan oleh pihak SPA Malaysia.

Kesemua poin di atas merupakan sebahagian daripada punca kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerja. Ada banyak lagi sebab yang boleh anda temui namun 6 punca kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerja sudah cukup untuk anda jadikan panduan dan mengelakkannya daripada terjadi pada diri anda.

Potongan 2 Peratus Untuk Surirumah Lelaki: KWSP Tolong Jangan Terlepas Pandang

Kerajaan perlu prihatin terhadap nasib lelaki yang tidak bekerjaya dan menggalas tanggungjawab sebagai suri rumah dengan memberi sumbangan RM50 untuk dicarumkan dalam kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti mana yang diperoleh suri rumah wanita.
Selain itu, langkah penolakan dua peratus daripada gaji isteri untuk dicarumkan dalam KWSP atas nama suami juga perlu dipertimbangkan oleh kerajaan bagi memastikan nasib kaum lelaki yang menjadi suri rumah dibela.
Mengulas lanjut, pakar percukaian Universiti Tun Abdul Razak, Prof. Dr. Barjoyai Bardai berkata, inisiatif itu perlu diambil bagi memastikan golongan lelaki yang menjadi suri rumah mempunyai simpanan untuk digunakan sekiranya telah mencapai usia 60 tahun nanti.
“Kita perlu tahu suri rumah ini bukan sahaja terhad kepada wanita namun ada lelaki yang terpaksa menggalas tanggungjawab tersebut atas alasan tersendiri dan golongan ini tidak boleh diabaikan oleh kerajaan.
“Sudah tentu penolakan gaji isteri yang ingin dilakukan ini perlu mendapat persetujuan terlebih dahulu. Kerajaan juga perlu melihat kepada pendapatan isi rumah keluarga berkenaan bagi memastikan niat baik untuk membantu rakyat dapat dilaksanakan de­ngan telus dan menyeluruh,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Tambah Barjoyai, kerajaan perlu memfokuskan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40) untuk melaksanakan skim KWSP tersebut kerana faktor purata simpanan mereka yang rendah setiap tahun.
Sementara itu, penganalisis ekonomi dari ­Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pemberian sumbangan RM50 untuk dicarumkan dalam KWSP kaum lelaki yang menjadi suri rumah dapat membantu golongan tersebut untuk merancang simpanan mereka dengan lebih terurus.
Katanya, selain daripada simpanan jangka masa panjang, sumbangan tersebut secara tidak langsung dapat memberi motivasi kepada kaum lelaki yang menjadi suri rumah untuk mencari kerja yang lebih baik dengan gaji yang lebih besar.
“Inisiatif kerajaan ini ibarat ‘serampang dua mata’. Selain membantu golongan suri rumah dari segi simpanan jangka masa panjang, secara tidak langsung pencarum akan menjadi lebih bersemangat untuk mencari peluang pekerjaan yang menawarkan gaji tinggi bagi memastikan simpanan KWSP mereka menjadi lebih banyak nanti,” katanya.

Tun M bukan faktor kemenangan PH - Rafizi


KUALA LUMPUR: Populariti Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bukan faktor kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata isu kenaikan kos sara hidup serta pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah sebab utama PH berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN).
Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, perkara itu terbukti berdasarkan tinjauan pasca PRU-14 oleh Invoke Malaysia, yang mendapati pengundi lebih terkesan dengan dua isu itu berbanding taat setia kepada Dr Mahathir.
Katanya, prestasi buruk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Dr Mahathir di Kedah, turut menjadi bukti Perdana Menteri berusia 92 tahun itu bukan faktor kejayaan PH.
"Kami membuat tinjauan pendapat pasca pilihan raya. Saya cenderung untuk membuat kesimpulan sekarang dan data akan mengesahkannya. Pada akhirnya, isu terbesar adalah isu punca pendapatan. Ia adalah mengenai GST...lebih mengatasi isu lain.
"Selain itu, walaupun Dr Mahathir menang besar sebelum ini di Kedah, kali ini PAS yang menang besar di Kedah.
"Ini bermakna, untuk kaum Melayu, jika mereka perlu memilih antara PPBM yang dipimpin Dr Mahathir atau PAS, mereka akan pilih PAS," katanya seperti dilaporkan portal The Malaysian Insight, semalam.
PRU-14 mencatat sejarah sendiri buat BN apabila tewas kepada PH, sekali gus gagal membentuk kerajaan buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun.
PH berjaya merampas beberapa negeri daripada BN, iaitu Kedah, Perak, Sabah dan Johor, yang juga negeri UMNO 'dilahirkan', selain mencipta kejutan di Negeri Sembilan dan Melaka.
Walaupun berjaya merampas Kedah, namun prestasi PPBM di negeri kelahiran Dr Mahathir itu mengecewakan apabila sekadar menang tiga kerusi Parlimen.
Sebelum ini, beberapa pihak menyifatkan Dr Mahathir sebagai faktor dan kunci kemenangan PH pada PRU-14, berikutan berjaya menyatukan parti pembangkang, khususnya untuk bertanding di bawah satu logo buat pertama kali.
Kejayaan PH merampas kerusi luar bandar serta memenangi undi golongan berusia juga disandarkan kepada faktor Dr Mahathir, berikutan ia gagal dilakukan PKR dan DAP sebelum ini.

Cadangan Penukaran Duit Baru


Cadangan dari Tun Mahathir untuk penukaran baru duit nilaian RM10, RM20, RM50 dan RM100. Taktik ini adalah untuk mengesan mana2 menteri dan bekas menteri yang menyimpan wang berjuta-juta di dalam rumah.
Dari situ akan dapat tahu sesiapa yang menyimpan berjuta-juta wang pasti akan pergi ke BNM untuk penukaran wang lama kepada wang baru

HILANGKAN RABUN DENGAN CUKA DAN MADU

CARA BARU HILANGKAN RABUN... ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡
Lepas minum cuka epal + madu tualang selama 4 hari, bini abg dah takrabun lagi. Langsung dah tak pakai spek mata. ðŸ˜¨ðŸ˜¨ðŸ˜¨
Pergi buat cek mata tadi untuk validation. Result mata kiri tiada rabun, mata kanan rabun dan silau 50.
Sukatan ðŸ‘‰ 2 sudu cuka, 2 sudu madu, 1 cawan air




BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat)


Untuk siapa2 yang bergaji minimum RM1000 sebulan bersih or gaji tak tetap mcm business sendiri boleh try apply loan PPR ni. Mudah lulus terutama golongan muda.

Untuk pembelian rumah sehingga RM120 ribu sahaja loan 100% cumanya deposit awal wajib keluar. Bila loan dah lulus dapat extra Cash

Tips: kalau banker interview anda jangan lak memandai cakap beli rumah untuk disewakan. confirm tak lulus hehe..

Saya baru uruskan 1 buyer yang guna loan under pakej ini bagi pembelian rumah low cost.

Jom tengok ciri2 kat bawah, jika menepati syarat2 yang ditetapkn boleh try apply dan walk in ke mana2 cawangan BSN berhampiran untuk semak kelayakan anda.


BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat) adalah untuk bantu mereka yang bekerja sendiri atau mempunyai pendapatan tak tetap.

Syarat-syarat kelayakan:
» Warganegara Malaysia berumur 18 - 60 tahun.
» Individu / permohonan bersama.
» Bukti bekerja sendiri.
» Pendapatan minimum RM1,000 sebulan.
» Untuk pembiayaan rumah pertama dan diri sendiri duduk sahaja.
» Pembiyaan rumah kos rendah atau sederhana.

Ciri2 & Faedah
» Pembiayaan sehingga RM 120,000.
» Kadar interest BR + 3.00%.
» Margin pembiayaan sehingga 100% (termasuk MRTA / MRTT & TLRT).
» Pembiayaan sehingga 35 tahun.

Note:
» Kadar Asas BSN terkini (BR) is 3.95% (bermula 21 Julai 2016).

Caj lewat bayar
» Ansuran Bulanan dalam Tunggakan × 1% × Bilangan hari lewat ⁄ 365.

Duti setem
» Dokumen Utama - Akan dikenakan pada dasar ad valorem.
» Dokumen lain – RM 10.00

Sangat berbaloi untuk dicuba daripada Bank BSN sahaja

Sumber Info Kredit Via Sallymiss Laimin.

Sunday, May 27, 2018

BR1M Penjawat Awam Di Beri Sebelum Hari Raya Aidilfitri Tetapi Akan Ditukar Nama




Kerajaan mengumumkan akan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat yang berkelayakan sebelum sambutan Hari Raya Aidil Fitri nanti.
Perkara itu diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Twitter rasminya, hari ini.
Beliau berkata, maklumat lanjut berkenaan pemberian BR1M yang akan ditukar nama itu akan diumumkan minggu hadapan.
“Seperti mana yang diarahkan oleh Tun (Dr Mahathir Mohamad), BR1M (yang akan diberikan nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Hari Raya Aidilfitri. Maklumat lanjut akan diumumkan pada minggu hadapan,” tulisnya.
Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sebelum ini memaklumkan pemberian BR1M akan diteruskan.
Bagaimanapun beliau menegaskan, beberapa perkara dalam pemberian itu akan dikaji semula bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja akan menerima bantuan tersebut.
“Kerajaan sudah bersetuju untuk meneruskan BR1M, cuma ia perlu dikaji semula kerana sebelum ini, ada yang tak layak, juga menerimanya.
“Kita tak nak orang ramai menganggap BR1M sebagai rasuah atau umpan supaya rakyat menyokong kerajaan. Sebaliknya, BR1M adalah satu bentuk inisiatif untuk menangani masalah sosial,” katanya.

Letak Air Garam Cuka Kat Dalam Bilik. Apa Jadi Selepas 24 Jam? Wow Apa Ynag berlaku sangat mengejutkan!!!


Tersebar di Internet tentang teknik pelik ini untuk “bersihkan” rumah dari tenaga negatif yg katanya jadi punca suami isteri selalu gaduh dan anak2 selalu tak sihat. Seorang lelaki cuba letak air garam cuka kat dalam bilik. Apa jadi selepas 24 jam amat mengejutkan…

Banyak teknik boleh jumpa di Internet untuk hilangkan tenaga negatif dalam rumah yang menjadi perosak kepada ahli rumah. Salah satu teknik yang viral adalah dengan menggunakan air garam cuka. Jom baca dan kongsikan.
KEBURUKAN TENAGA NEGATIF DALAM RUMAH
Rumah kita merupakan tempat yang perlu diisi dengan tenaga positif. Namun, tenaga negatif merupakan masalah besar bagi kebanyakan rumah di dunia, dan ini tidak mudah untuk dihilangkan.
Tenaga negatif dapat memberi kesan buruk bagi kehidupan di rumah Anda. Tenaga negatif dapat menimbulkan suasana tidak nyaman di dalam rumah Anda, menyebabkan pertengkaran suami isteri, bahkan dapat menimbulkan ketidakharmonian di dalam rumah tangga Anda. Selain itu, anak-anak juga mudah demam dan tidak sihat.
Apa yang boleh anda cuba, selain sering membaca al Quran dan solat berjemaah dengan keluarga di rumah, anda boleh gunakan air garam dan cuka. Bahan-bahan ini dapat membantu menghilangkan tenaga negatif dalam rumah anda selamanya insyaAllah.
CARA MEMBUAT AIR GARAM CUKA
1. Bahan-bahan yang perlu Anda siapkan untuk teknik ini adalah garam, gelas kaca, cuka dan air. Yang harus Anda lakukan adalah, masukkan garam, air, dan cuka ke dalam gelas, kemudian letakkan di depan ruangan yang sering Anda gunakan untuk menghabiskan waktu dan biarkan selama 24 jam.
2. Periksa tingkat garam di keesokan harinya, jika isi gelas naik ke atas, ulangi prosedur ini sampai garam berhenti naik. Ingat, bersihkan gelas terlebih dahulu sebelum menggunakannya lagi, atau gunakan gelas baru untuk hari-hari berikutnya.
3. Satu lagi yang perlu Anda perhatikan adalah, letakkan gelas di sudut ruangan, sehingga dapat menyerap tenaga negatif secara efektif.
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Sila KONGSI. Terima Kasih.

Hutang negara dan tanggungan negara . Debt vs Liabilities



Berkenaan dengan isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini , ramai yang tanya saya berkenaan dengan press statement yang dibuat oleh menteri kewangan baru baru ini . Saya cuba ulas dengan sesimple mungkin agar senang nak faham . 

Berkenaan dengan hutang negara RM6++billion . Itu betul jumlah hutang negara sebab kertas hutang itu diisu oleh kerajaan . Jadi itu tepat hutang negara . 

Berkenaan dengan contingent liabilities RM199billion itu . Itu bukan hutang negara tapi itu tanggungan kecemasan . Pemegang hutang ialah syarikat yang mengisu kertas hutang ( bon ) , didalam kes ini danainfra , MRL , PTPTN dan sebagainya . Syarikat ini pemegang hutang berkenaan bukan kerajaan . Syarikat ini bertanggungjawab utk menanggung komitmen hutang berkenaan . Kerajaan hanya mengeluarkan surat guarantee . Sekiranya syarikat bermasalah untuk menanggung komitmen hutang berkenaan , kerajaan akan membantu menyelesaikannya kerana kerajaan telah mengeluarkan surat jaminan . Jika itu berlaku hutang tersebut masih dimiliki oleh syarikat terbabit cuma komitmen ditanggung oleh kerajaan melainkan syarikat tersebut bankcrupt barulah hutang tersebut akan diambil alih dan dimasukkan kedalam hutang kerajaan . 

Berkenaan dengan PPP . PPP ini bahasa mudah dia macam BLT ( Built , lease and transfer ) . Kerajaan suruh swasta buat pembangunan dan dibiayai sendiri oleh swasta . Kerajaan perlu membayar sewa dan apabila sudah cukup masa , infrastruktur tersebut akan dipindah milik kepada kerajaan . Ini bukan hutang kerajaan tetapi tanggungan kerajaan . Hutang dimiliki oleh pemilik konsesi . Kerajaan hanya perlu membayar sewa sahaja . Hutang ini hanya boleh diassume milik kerajaan jika kerajaan ingin mengambil alih terus infrastruktur berkenaan sebelum tamat tempoh masa . Kerajaan ambil infrastruktur sekali dengan hutang yang tinggal . 

Kenyataan yang dibuat hutang kerajaan sudah mencecah RM1trillion tu tidak tepat . Sepatutnya ianya dibaca berasingan bukan dibaca sekali . IFRS hanya memberitahu jumlah contingent liabilities perlu diberitahu bukan dimasukkan sekali . Kerajaan sebelum ini buat seperti mana yang dipersetujui dalam convention tersebut . Jumlah contingent liabilites diberitahu secara telus tetapi tidak dimasukkan didalam jumlah hutang . Bila Menteri Kewangan memasukkan jumlah tersebut dan baca sekali , ianya menggambarkan bahawa syarikat tersebut dah bankrap dan hutang syarikat telah diambil alih oleh kerajaan . Oleh sebab itu pelabur merasa goyah dengan kenyataan tersebut . 

After Two Weeks Of PH, Some Reason To Doubt



It has been almost three weeks since Pakatan Harapan took over the federal government. We accept that initial teething problems are to be expected: after all, this was the first time since Merdeka that the country has experienced the change of a federal government.
I have some observations and I hope the PH Cabinet ministers take it in good spirit.
The general election is over. It is time to allow rationality rather than emotion to govern our day to day administration.
Ministers should not be making decisions or pronouncing policies through press conferences or in an impromptu manner. More so, they should not make decisions when they are angry.
There are no simple solutions to a complex problem. All complex problems require careful deliberations and elaborate solutions. One briefing is often not sufficient.
Like it or not, secretaries-general, heads of statutory bodies and chief executives of GLCs are people with vested interests. They have their own skin to protect. Sometimes a briefing can be based on incomplete information, or worse, on misleading information.
Decisions and policy formulation take time. It is foolish to be unduly dictated by the timelines of the manifestos. It is also worthwhile to revise some promises made in the manifestos. I believe the people will be open to explanations if the reasons are compelling.
I have in mind the proposal to abolish the Goods and Services Tax and replace it with the Sales and Services Tax. This is probably not a sensible idea. We should reduce the GST rate, say to 3%, but we should not reintroduce SST. It will only create more havoc in the economy.
Similarly, don’t be in a hurry to compel banks to lend money to people wanting to buy homes. We must get it right – the loan is not the problem, it is low income and high property prices that disqualify people from getting the loans. Diagnose the problem before dispensing solutions.
Are we so proud that we can’t learn from Singapore’s experience in providing HDB flats to their citizens in the early years?
Ultimately, the ministers must read the papers and listen to multiple sources for information and input, not just depend on briefing and committees. At best, committees are good at gathering information and putting up proposals. The final decision must be made by the ministers.
Before PH gained power, the argument was that PH was powerless to do many things. Now I see the same lackadaisical performance.
Why was Musa Aman, the former Chief Minister of Sabah, allowed to slip away? Who else should we monitor before they, too, disappear?
Have we taken steps to find out whether we could reopen the Altantuya Shaariibuu and Teoh Beng Hock cases? Have we taken steps to find out more about Pastor Raymond Koh and others who have disappeared without a trace?
Have we found out why an NGO in Perak is allowed to raid shops selling liquor? What authority or jurisdiction does it have? Where are all the PH leaders who were vocal on this in the past? Why the silence?
It has been just two weeks, but I think it has given me enough reason to doubt.

Isu Blacklist Jika Tidak Hadir Temuduga Kerja SPA

Ramai calon yang tertanya apa yang akan terjadi jika tidak hadir temuduga SPA. Ramai yang beranggapan bahawa calon yang berjaya dipanggil t...