Sunday, May 27, 2018

Hutang negara dan tanggungan negara . Debt vs Liabilities



Berkenaan dengan isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini , ramai yang tanya saya berkenaan dengan press statement yang dibuat oleh menteri kewangan baru baru ini . Saya cuba ulas dengan sesimple mungkin agar senang nak faham . 

Berkenaan dengan hutang negara RM6++billion . Itu betul jumlah hutang negara sebab kertas hutang itu diisu oleh kerajaan . Jadi itu tepat hutang negara . 

Berkenaan dengan contingent liabilities RM199billion itu . Itu bukan hutang negara tapi itu tanggungan kecemasan . Pemegang hutang ialah syarikat yang mengisu kertas hutang ( bon ) , didalam kes ini danainfra , MRL , PTPTN dan sebagainya . Syarikat ini pemegang hutang berkenaan bukan kerajaan . Syarikat ini bertanggungjawab utk menanggung komitmen hutang berkenaan . Kerajaan hanya mengeluarkan surat guarantee . Sekiranya syarikat bermasalah untuk menanggung komitmen hutang berkenaan , kerajaan akan membantu menyelesaikannya kerana kerajaan telah mengeluarkan surat jaminan . Jika itu berlaku hutang tersebut masih dimiliki oleh syarikat terbabit cuma komitmen ditanggung oleh kerajaan melainkan syarikat tersebut bankcrupt barulah hutang tersebut akan diambil alih dan dimasukkan kedalam hutang kerajaan . 

Berkenaan dengan PPP . PPP ini bahasa mudah dia macam BLT ( Built , lease and transfer ) . Kerajaan suruh swasta buat pembangunan dan dibiayai sendiri oleh swasta . Kerajaan perlu membayar sewa dan apabila sudah cukup masa , infrastruktur tersebut akan dipindah milik kepada kerajaan . Ini bukan hutang kerajaan tetapi tanggungan kerajaan . Hutang dimiliki oleh pemilik konsesi . Kerajaan hanya perlu membayar sewa sahaja . Hutang ini hanya boleh diassume milik kerajaan jika kerajaan ingin mengambil alih terus infrastruktur berkenaan sebelum tamat tempoh masa . Kerajaan ambil infrastruktur sekali dengan hutang yang tinggal . 

Kenyataan yang dibuat hutang kerajaan sudah mencecah RM1trillion tu tidak tepat . Sepatutnya ianya dibaca berasingan bukan dibaca sekali . IFRS hanya memberitahu jumlah contingent liabilities perlu diberitahu bukan dimasukkan sekali . Kerajaan sebelum ini buat seperti mana yang dipersetujui dalam convention tersebut . Jumlah contingent liabilites diberitahu secara telus tetapi tidak dimasukkan didalam jumlah hutang . Bila Menteri Kewangan memasukkan jumlah tersebut dan baca sekali , ianya menggambarkan bahawa syarikat tersebut dah bankrap dan hutang syarikat telah diambil alih oleh kerajaan . Oleh sebab itu pelabur merasa goyah dengan kenyataan tersebut . 

No comments:

Post a Comment

Isu Blacklist Jika Tidak Hadir Temuduga Kerja SPA

Ramai calon yang tertanya apa yang akan terjadi jika tidak hadir temuduga SPA. Ramai yang beranggapan bahawa calon yang berjaya dipanggil t...